Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

18.4 Juta Vaksin Sudah...

KUALA LUMPUR - Seramai 12.49 juta penduduk negara ini atau 38.2 peratus keseluruhan...

Mangsa Letupan Lombong Arang...

KUCHING - Polis telah mengenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kejadian...

Hujan Lebat Di Pahang,...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan...

Gani Patail Jelaskan Akaun...

BERHUBUNG dengan siasatan pasukan khas tentang isu sebahagian dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang...

5 Lagi ADUN Angkat Sumpah Exco Perak Hari Ini

IPOH – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, pelantikan kelima-lima ADUN itu mendapat perkenan daripada baginda dan majlis berlangsung pada jam 5 petang dalam suasana ringkas.

“Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad memohon perkenan Tuanku untuk melangsungkan istiadat mengangkat sumpah lima lagi Exco memandangkan esok akan berlangsung sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Memahami keadaan itu, Tuanku memperkenankan majlis angkat sumpah itu dilangsungkan petang ini. Dalam suasana pandemik Covid-19, Tuanku turut perkenankan majlis itu diadakan seringkas mungkin,” katanya.

Menurutnya, istiadat itu akan dilangsungkan dengan kehadiran Saarani; Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim.

Dengan pelantikan lima ADUN tersebut telah melengkapkan senarai barisan Exco Perak.


Khamis lalu, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara lima ADUN yang menerima lantikan sebagai Exco.

Pelantikan ADUN Sungai Manik itu merupakan lantikan baharu dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Menteri Besar Perak ke-14, Saarani.

Sultan Nazrin turut memberi perkenan untuk mengekalkan empat Exco dalam pentadbiran terdahulu.

Mereka adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota) masing-masing mewakili UMNO. – Sinar Harian

Kategori