Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TH Optimis Langkah Keselamatan...

MADINAH - Lembaga Tabung Haji (TH) berpuas hati dan yakin dengan langkah keselamatan...

Suami Isteri Dituduh Perdagang...

IPOH - Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Pesawat Penumpang Terhempas 49...

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 49 orang maut manakala 17 lagi cedera selepas sebuah pesawat...

Angkat Perabot Berat Dengan...

MENGANGKAT barangan yang berat seperti perabot memerlukan teknik dan cara yang betul bagi...

Ada 3 Lagi Kluster Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Tiga lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan sebanyak 193 kluster masih aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua daripada kluster itu dikesan di Lembah Klang, manakala satu di Sabah.

Beliau berkata, Kluster Jalan Rusa yang dikesan di Cheras, Kuala Lumpur, hasil saringan komuniti di kawasan kediaman, bermula awal Disember ini.

“Saringan ini dijalankan selepas satu kes positif dikesan dalam kalangan penduduk, pada penghujung November 2020.

“Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 1,267 individu sudah disaring, manakala sebanyak 129 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan juga mengesan satu kluster membabitkan tapak pembinaan, iaitu Kluster Tapak Bina Pasifik di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kes bagi kluster itu dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember lalu, melalui saringan tempat kerja di tapak binaan.


“Sehingga hari ini, sejumlah 159 individu sudah disaring, dengan 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster ketiga ialah Maringan di Telupid dan Ranau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini, iaitu kes ke-70,580 dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember lalu, melalui saringan individu bergejala,” katanya.

Sehingga hari ini, beliau berkata, 93 individu sudah disaring, manakala sebanyak 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 41 kluster aktif termasuk tiga kluster baharu melaporkan pertambahan kes hari ini, termasuk Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Jalan Rusa (57 kes), dan Kluster Bintang (50 kes). – BH Online

Kategori