Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Putera Mahkota Brunei Lawat...

PUTRAJAYA : Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran...

Lelaki Warga Indonesia Disambar...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dipercayai dipanah petir sebelum...

Mahkamah Lepas, Bebas Bekas...

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor...

Keng Leong Janji Pindah...

PORT DICKSON - Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong berjanji akan berpindah ke...

Ahmad Faizal Mengadap Sultan Perak Di Istana Kinta

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, memasuki perkarangan Istana Kinta di sini, bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, jam 5.15 petang ini.

Ahmad Faizal diiringi Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dengan menaiki kenderaan, Toyota Camry.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir ShahĀ Zainal Abidin, tiba di perkarangan istana dengan beberapa kenderaan berasingan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, memasuki perkarangan istana pada jam 4.40 petang bagi menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang diputuskan DUN pagi tadi.

Pagi tadi, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul berkenaan dikemukakan Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Bharu) pada persidangan yang berlangsung pagi tadi. – BH Online

Kategori