Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Tipu Tender...

SHAH ALAM - Dengan bermodalkan uniform polis dan beberapa keping gambar barangan kemas,...

Pindaan Akta Kerja 1955...

SHAH ALAM : Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara...

Malaysia Mohon Mendarat Di...

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan, bagi memohon kelulusan lintas udara...

Tindakan Naib Ketua UMNO...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng memuji tindakan Naib...

Azhar, Azalina Kekal Sebagai Speaker, Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR – Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said masing-masing kekal sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa pelantikan mereka adalah sah.

Ia susulan keputusan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu untuk mencabar kesahihan pelantikan mereka.

Ahmad Kamal berkata selepas meneliti hujahan lisan dan bertulis daripada kedua-dua plaintif dan defendan, beliau mendapati bahawa pelantikan Azhar dan Azalina adalah sah dan tidak boleh diadili atau dihakimi oleh mahkamah.

“Permohonan defendan pertama (Azhar), kedua (Azalina), ketiga (Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon) dan keempat (Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin) untuk membatalkan saman pemula dibenarkan.

“Berikutan keputusan itu mahkamah tidak menetapkan sebarang kos selepas berpuas hati isu yang dibangkitkan itu adalah melibatkan kepentingan awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori