Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rakyat Kedah Tak Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar bersikap kurang...

Kerajaan Tidak Buat Promosi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Ancaman Seks Kanak-Kanak, Mohon...

SAAT ini, manusia lebih teruk dari binatang. Hari demi hari, kes yang melibatkan...

Elaun Guru Kafa Naik...

KUANTAN - Permintaan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negara ini...

Cliff Umar Dinobat Juara GV7

PUTRAJAYA – Gegar Vaganza musim ke-7 (GV) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Cliff Umar dinobatkan sebagai juara.

Cliff berjaya menafikan kedudukan saingan sengitnya iaitu Muss, Ayu Damit, Oja dan Ashira, antara tujuh finalis yang berjaya mara ke pusingan akhir.

Kemenangan itu membolehkan vokalis kumpulan Projek Pistol itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Cliff tampil dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan menyampaikan lagu Nakal untuk segmen solo dan berduet bersama Juara GV5 menerusi lagu Do Anything For Love.

Manakala dalam segmen battle, Cliff menyampaikan lagu Inilah Nasibku nyanyian asal Nico bersama dua perserta lain iaitu Muss dan Oja.

Naib Juara pula dimenangi oleh Muss dan tempat ketiga dimenangi oleh Ayu Damit.


Persembahan peserta pada malam final diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Manakala Datuk Syafinaz Selamat kembali menduduki kerusi juri pada pentas akhir bersama Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

GV7 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, berlangsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. – Astro AWANI

Kategori