Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Diselamatkan Imuniti Datuk Vida,...

NAMPAKNYA Acong Sweetchild masih bertahan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir Gegarvaganza...

Saingan Sengit Nanti Aksi...

SINGAPURA - Anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad pasti menjadi tumpuan dalam...

Banjir Landa 2 Lagi...

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus...

Bruno Mars Buat Syamel...

TIDAK dinafikan, melihat artis yang menjadi kegemaran beraksi di atas pentas membawa kepuasan...

Dalang Operator ‘Pusat Panggilan’

PUTRAJAYA – Disyaki menjadi dalang yang menguruskan kemasukan beribu warga China ke negara ini khusus untuk dijadikan operator ‘pusat panggilan’ bagi aktiviti judi dalam talian.

Itu antara siasatan susulan dilakukan terhadap peranan 12 ejen warga tempatan yang diberkas bersama 34 pegawai imigresen yang menerima rasuah sejak operasi Ops Selat dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 November lalu.

Sumber berkata, penahanan ramai warga China yang terbabit dengan aktiviti judi dalam talian sejak kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya bagaimanapun warga asing ini dapat bolos ke dalam negara walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Menurutnya, timbul persoalan keberadaan warga asing China yang memasuki negara menggunakan pas pelancong ini dan tinggal lebih masa dibenarkan.

“SPRM sebelum ini mengesahkan dua ejen yang ditahan sebelum ini turut terbabit dalam kegiatan sindiket penyeludupan migran antarabangsa. Mereka kerjasama dengan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.

“SPRM masih bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membongkar kegiatan sindiket ini yang dianggap amat tersusun dan mempunyai rangkaian besar termasuk ejen di negara-negara lain,” katanya.

Menurutnya, tindakan SPRM Selangor menahan seorang pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 30 November lalu kerana disyaki meminta suapan RM22,000 bagi melepaskan dua warga China ditahan membuktikan wujud elemen jenayah itu.

“Siasatan kini turut menjurus kemungkinan berlaku ‘kebocoran’ pintu sempadan negara terutama membabitkan kemasukan pendatang asing China dalam skala besar-besaran.

“Isu kemasukan ramai warga asing China sama ada untuk berniaga di negara ini atau terbabit dengan kegiatan judi dalam talian serta penipuan Macau Scam sudah lama diberi perhatian.


“Ia dilakukan sejak Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu. Jadi kita masih siasat, adakah ejen ditahan ini turut menguruskan kemasukan dan keluar warga China ini,” katanya.

Sebelum ini negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Terbaru polis menahan 33 warga China dalam serbuan pusat aktiviti judi dalam talian di Changkat Duta Kiara, Mount Kiara, dan Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini.

Modus operandi sindiket terbabit adalah menerusi dua kaedah iaitu pertama, ‘pasport terbang’ di mana ejen akan mengumpul pasport pekerja asing yang menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja tamat tempoh untuk dicap keluar dan masuk bagi membolehkan visa lawatan disambung.

Difahamkan ejen akan membawa pasport sahaja ke pejabat imigresen tanpa kehadiran pemilik pasport sebagai pengesahan keluar atau masuk sepertimana yang disyaratkan.

Manakala modus operandi kedua sindiket dengan mensasarkan warga asing yang disenarai hitam dan tamat tempoh visa perjalanan terutama di KLIA dan klia2. – myMetro Online

Kategori