Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Sedih, Isteri Diceraikan...

SEBAK hati kami tatkala membaca perkongsian cerita oleh seorang pegawai perubatan, Mohd Faizal Nor...

Joe Anggap Sindiran Dalam...

ELEMEN sindiran yang sering dilihat dalam sesebuah lagu bergenre hip hop dianggap perkara...

Nasib Malang Miss Venezuela,...

Venezuela – Meskipun bergelar Ratu Cantik dan mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang, namun...

Majlis Sambutan ‘Birthday’ Mawar...

PENDUKUNG watak antagonis menerusi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu yang akan menamatkan siarannya...

Eksport LNG Malaysia Bagi Jan-Sept 2020 RM23 Bilion

KUALA LUMPUR – Eksport gas asli cecair (LNG) Malaysia untuk 2020 dijangka merosot, dengan eksport LNG bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini bernilai sekitar RM23 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata eksport LNG Malaysia untuk 2018 berjumlah RM42 bilion, manakala eksport 2019 berjumlah RM43.5 bilion.

“Seperti yang anda lihat, ada penurunan besar daripada segi nilainya,” katanya pada sidang media bersempena Forum ‘the 7th International Energy Forum (IEF)-International Gas Union (IGU) Ministerial Gas’  yang diadakan secara maya, semalam.

Mengenai Dasar Tenaga Nasional, Mustapa berkata hala tujunya sedang berjalan dan ia akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

“Gas adalah komponen penting dalam dasar tersebut dan ia akan meningkatkan kecekapan dan menggalakkan persaingan.


“Seperti banyak negara lain di dunia, kita melihat pengurangan penggunaan arang batu dalam campuran tenaga kita dan gas akan memainkan peranan penting dalam campuran tersebut,” katanya.

Malaysia adalah pengeksport LNG kelima terbesar di dunia dan daripada segi rizab, ia berada di kedudukan ke-20.

“Di Malaysia, 30 peratus pengeluaran gas adalah untuk penggunaan domestik dan 70 peratus untuk eksport. Oleh itu, kami adalah pemain utama dan kami teruja dapat menjadi tuan rumah forum tersebut tahun ini,” kata Mustapa. – BERNAMA

Kategori