PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73 seliter dan RM2.03 seliter bagi tempoh tengah malam ini sehingga 11 Disember.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga bagi bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.70 sen dan RM2.
Dalam pada itu, harga runcit diesel turut mengalami kenaikan sebanyak tiga sen iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter.
“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Sinar Harian