Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Saintis Kecoh Jumpa Kodok...

SYDNEY — Seekor kodok yang tampaknya seakan-akan memiliki penis berukuran sangat besar membingungkan...

Ketua Wira Perkasa Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris...

DAP Sarawak Keluar Pakatan...

KUCHING - DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat...

Kristen Stewart Nak Start...

PELAKON Hollywood, Kristen Stewart mendedahkan yang dia kini sudah bersedia membuka hati semula...

Jenama Daging Logo Halal Palsu Belum Boleh Diumum

KUALA BERANG – Kerajaan masih belum boleh mengumumkan nama syarikat dan jenama daging sejuk beku yang menggunakan logo halal palsu kerana ia masih dalam siasatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya memberi jaminan semua daging sejuk beku dijual di pasar raya dan pasar utama disahkan halal untuk dimakan. 

“Kerajaan tidak boleh umumkan sewenang-wenangnya kerana boleh menjejaskan siasatan.

“Semua daging sejuk beku yang ada di pasaran disahkan halal kerana kita sudah merampas dan menyita produk yang menggunakan sijil halal palsu,” katanya ketika ditemui pada lawatan dan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Krismas di Pasar Raya Nirwana, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia. 

Sebelum ini ramai pihak yang mendesak kerajaan supaya mengumumkan jenama daging sejuk beku yang terbabit dengan kartel penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import yang dijual secara terbuka.

Media melaporkan taktik kartel menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.


Sementara itu, Rosol berkata, semua peniaga daging dan barangan sejuk beku perlu mempamerkan sijil halal disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan. 

Beliau berkata, tindakan ke atas peniaga, pemilik perhotelan, restoran dan pasar raya boleh diambil jika gagal mempamerkan sijil halal Jakim. 

“KPDNHEP juga boleh mengenakan tindakan jika sijil halal dipamerkan palsu. 

“Perlu diingatkan, sijil halal untuk rumah penyembelihan hanya sah dalam tempoh satu tahun dan dua tahun untuk restoran serta hotel manakala tiga tahun untuk produk kosmetik,” katanya. 

Menurutnya, peniaga yang mempamerkan sijil halal palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. – myMetro Online

Kategori