Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ayuh Rakyat Malaysia, Jom...

RANCANGAN seorang anak yang ingin membawa bapanya bercuti di luar negara bertukar menjadi...

PRN Johor: 21 Kompaun...

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan 21 kompaun sejak kempen...

Penganggur Diberkas Dengan Sepucuk...

KUALA NERUS - Seorang penganggur berusia 40 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan...

Guru-Guru & Kakitangan Awam...

KUALA NERANG - Guru-guru dan kakitangan awam yang lain tertakluk kepada Perintah Am...

Kerajaan Jamin Data Peribadi MySejahtera Selamat

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan data peribadi dalam aplikasi MySejahtera selamat kerana dikawal selia sepenuhnya Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Aplikasi dimiliki sepenuhnya Kementerian Kesihatan (KKM) itu, dikawal di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, selain ciri keselamatannya mematuhi piawaian antarabangsa dalam melindungi kerahsiaan dan keselamatan data.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan ciri keselamatan kukuh itu, rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan sebarang kebocoran maklumat peribadi mereka melalui aplikasi MySejahtera.

“Rakyat tidak perlu bimbang kerana ia di bawah kawalan kerajaan dan kita mengawalnya serta memastikan data peribadi itu dilindungi daripada sebarang isu kononnya data itu dikongsi sesiapa.

“Adalah menjadi kesalahan jika data peribadi itu dikongsi mana-mana pihak tidak bertanggungjawab dan boleh didakwa di bawah Akta Perlindungan Peribadi,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini. – BH Online

Kategori