Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Konflik Dalaman MIC –...

Pergeseran dalaman parti MIC sampai ke kemuncaknya apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri S....

Azmin Minta Ongkili Tetapkan...

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi...

Malaysia Berdepan Laluan Sukar...

JOHOR BAHRU - Malaysia berdepan laluan sukar untuk mencapai sasaran kelompok empat terbaik...

Op pelbagai, Op Had...

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan 232 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam...

Kerajaan Tarik Balik Keputusan Jual Anak Syarikat THP

KUALA LUMPUR – Kerajaan menarik balik keputusan menjual dua anak syarikat TH Plantations Bhd (THP) iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam kenyataan bersama semalam berkata, keputusan itu dibuat pada 4 Disember lalu untuk diteliti lebih lanjut.

“Kami bertekad untuk terus memajukan THP dan Lembaga Tabung Haji dengan lebih berjaya dan gah di dalam negara serta di persada antarabangsa.

“Kami berdoa dan bermunajat kepada-Nya semoga Allah SWT memberkati usaha kami dalam memartabatkan institusi TH,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, permohonan perolehan hartanah secara tidak langsung oleh Tamaco melalui langganan 100 peratus saham dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd daripada THP adalah tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Hartanah yang berkuat kuasa sejak 1 Mac 2014.


Kata kenyataan itu lagi, garis panduan menetapkan bahawa sebarang permohonan perolehan tanah secara langsung atau tidak langsung yang mengakibatkan pengurangan pemilikan hartanah kepentingan Bumiputera oleh bukan Bumiputera adalah tertakluk kepada pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus kepentingan Bumiputera.

“Berdasarkan ketetapan ini, surat kelulusan bertarikh 24 November dikeluarkan ke atas permohonan ini dengan syarat Tamaco hendaklah mewujudkan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus kepentingan Bumiputera dalam tempoh satu tahun daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan.

“Kelulusan secara bersyarat ini diberi atas justifikasi yang diberikan oleh pihak THP demi kelangsungan operasi dan kestabilan kewangan syarikat,” katanya. – myMetro Online

Kategori