KUALA LUMPUR – Setelah beberapa hari menjadi topik hangat di media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini tampil mengakui kewujudan kluster Genting (Genting Highlands).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara tersebut melalui akaun Twitter beliau sebentar tadi.

Beliau memberitahu tiga kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
“Dimaklumkan kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes index seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan. PKPD telah dikuatkuasakan di Amber Court, Ria apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut,” kata beliau.



Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan netizen ketika mendedahkan masalah jangkitan Covid-19 di Genting Highlands.
Isu penularan penyakit berkenaan di kawasan peranginan itu mula tular sejak beberapa hari lalu.
Ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan perkara itu cuba dirahsiakan dan ada pihak di Genting Highlands yang enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. – Mynewshub.TV
