Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Isu Vaksin: KJ Saman...

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman...

‘Muhyiddin Perlu Kemuka Bukti...

KUALA LUMPUR : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar mengemukakan bukti, surat...

Kakak Kastam Sekolahkan Cyber...

HEBOH di media sosial semalam apabila netizen berkongsikan 'screenshot' perbualan komen antara seorang...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku...

Ku Nan Dihukum Penjara 12 Bulan, Denda RM2 Juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atau penjara enam bulan terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan.

Terdahulu, semasa menyabitkan Tengku Adnan, 70, bersalah terhadap pertuduhan itu, Mohamed Zaini berkata pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah ke atas tertuduh dan Ahli Parlimen Putrajaya itu juga gagal menangkis kes pendakwaan.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016. – BERNAMA

Kategori