Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Dibakar Selepas Gagal...

INDIA – Gara-gara enggan membayar rasuah bagi membebaskan suaminya yang ditangkap kerana disyaki...

RM200 Juta Untuk Koperasi...

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukkan...

Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan...

KOTA BHARU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN)...

Tiada Kereta Kebal Di...

PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke...

Mahkamah Kekal Hukuman Gantung Ke Atas Azilah Hadri

PUTRAJAYA – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri, akan tetap ke tali gantung selepas panel lima hakim hari ini, menolak permohonannya mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Ia membabitkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015, yang menolak pembebasan Azilah dan seorang lagi anggota UTK berhubung pembunuhan seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Panel Hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Puan Sri Zaleha Yusof dan Zabariah Mohd Yusof, berpendapat tiada berlaku ketidakadilan dalam kes yang dihadapi oleh Azilah sebelum ini.

Azahar ketika membacakan keputusan itu, berkata Azilah memasukkan bukti dalam permohonan semakannya, yang tidak pernah digunakan dalam perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Beliau berkata, pemohon memasukkan bukti baharu iaitu akuan bersumpah (SD) yang mendakwa bahawa pembunuhan itu dilakukan dengan arahan pihak ketiga.

“Perlu ditekankan di sini, beliau berdiam diri mengenai kononnya bukti baharu ini ketika siasatan dijalankan, perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan juga ketika rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Juga ketika rayuan di Mahkamah Persekutuan bukti material ini yang dikatakan ada ketika perbicaraan berjalan, dengan sengaja tidak didedahkan oleh pemohon sendiri.

“Pemohon sendiri tidak memberitahu perkara itu kepada pihak polis, mahkamah dan peguamnya sendiri… Jelas dalam penghakiman kami, penerimaan bukti ini bercanggah dengan prinsip undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, Azahar berkata, panel itu berpendapat di hadapan mahkamah itu, tiada ketidakadilan dalam kes itu serta tiada alasan mengatakan berlaku kegagalan terhadap keadilan atau keadaan luar biasa yang membolehkan permohonan itu boleh disemak mengikut peruntukan Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.


Justeru, katanya, mahkamah itu menolak permohonan semakan yang difailkan Azilah.

Terdahulu, Azahar berkata, pengakhiran kepada satu-satu prosiding undang-undang adalah perlu dalam perundangan jenayah manakala tiada lagi sebarang laluan untuk rayuan selepas kes itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, dalam prosiding membabitkan permohonan semakan oleh Azilah itu, mahkamah berkenaan tiada kuasa untuk membuka semula, mendengar semula dan memeriksa semula keputusan bertarikh 13 Januari 2015 kecuali semakan berdasarkan kepada peruntukan Peraturan 137 itu.

Azilah diwakili peguam J Kuldeep Kumar.

Permohonan semakan yang difailkan pada 5 Disember 2019 oleh Azilah adalah terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015, yang mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 serta memohon supaya kes itu dibicarakan semula.

Mahkamah Rayuan sebelum ini membenarkan rayuan yang dikemukakan Azilah serta seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 mendapati mereka bersalah kerana membunuh wanita itu dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka. – BH Online

Kategori