Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perjelas Komitmen BN Martabatkan...

KUALA LUMPUR - Seiring manifesto Barisan Nasional (BN) yang memberikan keutamaan kepada golongan...

Tokan Dadah Thailand Dipenjara...

SETELAH sekian lama menjadi 'tokan' dadah di Thailand, Lao Ta Seanlee, 71, akhirnya...

5 Lelaki Ditembak Mati...

KUALA LUMPUR ā€“ Polis menembak mati lima lelaki yang menyamun kedai emas di...

Saintis Berhasil Tanam Sayur...

UNIKā€¦ Para saintis dari Neumayer Station III yang kini tinggal di Antartika, berjaya...

Mayat Naib Ketua Armada Kota Tinggi Ditemukan

KOTA TINGGI – Mayat Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi yang tergelincir ketika membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau, di sini, ditemukan hari ini.Ā 

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mayat Mohd Zulfikrie Buang, 24, ditemukan kira-kira jam 3 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi yang bermula sejak jam 7 pagi tadi.

“Mayat ditemukan di celahan batu kira-kira 500 meter daripada tempat mangsa tergelincir,” katanya ketika dihubungi.

Hari ini media melaporkan, Mohd Zulfikrie dipercayai tergelincir ketika cuba mengambil selipar yang terjatuh ketika melakukan kerja membaiki Jeti Tanjung Balau kira-kira jam 5 petang semalam. 

Mangsa dipercayai tergelincir dari perancah ketika membuat kerja membaik pulih jeti Tanjung Balau. 


Kejadian berlaku ketika hujan lebat dengan laut berombak dan angin kuat.

Susulan itu, operasi SAR dilakukan di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau. – myMetro Online

Kategori