Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Selisih Faham Jualan Lembu,...

SETIU - Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya...

Tiada Istilah ‘Calon Langsung’...

KUCHING - Formula ‘calon langsung’ yang diguna pakai Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi...

45 Peniaga Kena Kompaun...

TEMERLOH - Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan...

Nawawi Letak Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR — Datuk Nawawi Ahmad mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Keretapi...

PAS Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Perak Baharu

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu susulan keputusan penolakan usul undi percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hari ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan berkata PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.ADVERTISING

“PAS mengambil maklum keputusan usul keyakinan majoriti ADUN terhadap Menteri Besar Perak yang berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini di mana tiga ADUN PAS menyokongnya selaras dengan pendirian dibuat Lajnah Politik PAS Pusat.

“Maka selaras dengan keputusan itu, PAS Pusat membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu. Meski pun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS kini mempunyai tiga ADUN yang membentuk kerajaan negeri sebelum ini. 


Ahmad Faizal hari ini gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali. – BH Online

Kategori