Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Palsu Dokumen Babitkan TMJ:...

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan...

11 Terkorban Akibat Hujan...

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang...

GRS Fokus Laksana Mandat...

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam...

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang kategori pertama telah dikeluarkan dengan angin kencang...

RUU Peringkat Jawatankuasa 3 Kementerian Diluluskan

KUALA LUMPUR – Tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) di peringkat jawatankuasa kementerian diluluskan pada hari ini oleh Dewan Rakyat.

Pada sebelah pagi selepas Sesi Pertanyaan Lisan berakhir, RUU peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, diikuti dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dibahaskan sebelum diluluskan dengan suara majoriti.

Antara ahli Parlimen yang turut serta pada perbahasan tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Yeo Bee Yin (PH-Bakri).

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dibuat oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, penggulungan dibuat oleh menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Peruntukan bagi kementerian tersebut pada 6 November lalu ketika Belanjawan 2021 dibentangkan ialah sebanyak RM10.19 bilion.


Sementara itu penggulungan bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dibuat oleh menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mengumumkan perkara itu berkata, ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian. – Sinar Harian

Kategori