Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas MB Teruja Tonton...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan...

Baru 15 Tahun Tapi...

DI kala rakan-rakan sebaya mendapat hadiah seperti minyak wangi, baju berjenama dan konsol...

Raja Salman, Putera Mohammed...

KAHERAH - Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin...

Pendekatan PM Terajui Malaysia...

IPOH - UMNO Perak berpendirian pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Speaker Perjelas Usul Undi Tak Percaya PM

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi menjadi polemik Ahli Parlimen pembangkang sehingga perbahasan Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini tertangguh beberapa minit.

Perkara itu dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bersama beberapa lagi wakil rakyat pembangkang termasuk Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang mempersoal mengapa usul itu tidak didahulukan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menjawab dan memaklumkan usul terbabit tidak boleh didahulukan kerana bukan amalan dewan itu mahupun amalan dilakukan dalam Sistem Westminster.

Menurutnya, sebagai Speaker, beliau tidak terikat untuk mencontohi amalan yang dilakukan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika membenarkan usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dibuat.

“Sebelum saya membuat keputusan, saya sudah mengkaji sedalamnya mengenai perkara ini. Saya tidak terikat dengan keputusan Speaker lain terutamanya Speaker DUN.

“Jika kita lihat amalan Westminster, Speaker memang tidak ada kuasa untuk mendahulukan usul percaya atau tidak percaya,” katanya.


Azhar berkata, amalan itu juga dibuat beberapa negara lain seperti Afrika Selatan dan Australia yang berpaksi sistem sama.

Katanya, polemik itu sudah berlanjutan lebih empat bulan dan berharap ia tidak lagi dibangkitkan sebaliknya, tumpuan perlu diberikan kepada perbahasan Belanjawan 2021.

Minggu lalu, DUN Perak meluluskan undi percaya terhadap Menteri Besar dan keputusan undi menyaksikan Ahmad Faizal selaku Menteri Besar gagal mendapat sokongan majoriti dan akhirnya meletak jawatan bersama barisan Exco. – myMetro Online

Kategori