Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Amaran Nazri Aziz Dibalas...

TAK lama selepas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Tengku Mahkota...

Bantuan RM600 Sebulan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja...

Pemimpin Parti Didakwa Jual...

PETALING JAYA - Beberapa anggota parti politik membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung...

JKDM Sabah Rampas Dadah...

KOTA KINABALU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine...

Sultan Belum Diyakinkan Mana-Mana Pihak Ada Majoriti Mudah

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri, kata Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

“Sehingga Tuanku diperkenankan yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.

“Sultan Perak belum dapat diyakinkan mana-mana pihak, kita akan tunggu sampai mereka sudah bersedia dengan meyakinkan Duli Yang Maha Mulia dan baginda berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.

Beliau berkata, hari ini, Pakatan Harapan (PH) diwakili oleh tiga pengerusi negeri menghadap dan menyembah maklum Sultan Perak berkenaan status perundingan yang sedang berlaku daripada pihak mereka. 

“Selepas (ketiga-tiga pemimpin PH) mereka selesai menghadap, Sultan Perak menitahkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad mengadap yang turut menyembahkan status perundingan yang sedang berlaku di antara pelbagai pihak,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, Saarani memohon untuk mengajak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semasa sembah perkenan kali ini.


Terdahulu, tiga pemimpin PH tiba memasuki perkarangan Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilihat tiba menaiki kenderaan berasingan pada jam 2.55 petang.

Kemudiannya, disusuli Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Datuk Asmuni Awi tiba pada jam 3.05 petang. – myMetro Online

Kategori