Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mitsubishi Lancar Triton Generasi...

KUALA LUMPUR - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi hari ini...

Jalsoa Kecam Tindakan Majlis...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) mengecam tindakan Majlis...

Perlu Ada Mekanisme Agihan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan persekutuan perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai...

Westwood Dipecat Sebagai Jurulatih...

GEORGE TOWN - Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta...

Tun Rahah Diberi Istiadat Pengebumian Negara

KUALA LUMPUR – Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan seluruh keluarga di atas kepulangan Allahyarhamah Tun Rahah.

“Kerajaan memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri mendoakan supaya roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.


Allahyarhamah Tun Rahah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Perkara itu disahkan Najib yang memaklumkan jenazah dibawa pulang ke kediaman bondanya itu dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah dekat sini sebelum dikebumikan di Masjid Negara. – BH Online

Kategori