Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Beri APC, Penjawat...

PORT DICKSON - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mencadangkan agar kakitangan awam yang...

Mel Gibson Teruja Bakal...

PELAKON veteran antarabangsa, Mel Gibson dikhabarkan bakal menyambut ahli baru dalam keluarganya apabila...

Malaysia Perlu Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh...

Jho Low: Terdapat Sabotaj...

BALI (Indonesia) - Tindakan sabotaj di dalam kerajaan adalah antara sebab Malaysia sukar...

3,303 Kes Baharu Covid-19, Catat Jumlah Tertinggi

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi apabila 3,309 kes dilaporkan hari ini dengan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia meningkat kepada 141,533 kes dan kebolehjangkitan pula 30,390 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 3,303 kes membabitkan tempatan dan enam lagi kes import.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,007 kes. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 442 kes dan Sabah sebanyak 409 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 1,469 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 110,584 kes.


Katanya, terdapat 190 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 83 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, terdapat pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 559 kes. – myMetro Online

Kategori