Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Aliff Aziz Seru Agar...

APA nak jadi dengan dunia sekarang ni kan? Hmm... apa boleh buat, dah...

Jualan Tiket ‘Online’ Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Tiket perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2014...

Jangan Mengada Nak Bedah...

PENCERAMAH bebas, Syamsul Debat tampil memberi komen berhubung amalan pembedahan semata-mata untuk kelihatan...

Data Perisytiharan Harta PM...

Kuala Lumpur: Data perisytiharan harta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah...

3,631 Kes Baharu Covid-19, 18 Kematian

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,631 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu bertambah kepada 176,180 kes dengan kebolehjangkitan 42,814 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam kes import dan 3,625 kes penularan tempatan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 782 kes diikuti Sabah sebanyak 453 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes.

Jangan Risau… Klik Sini

“Sebanyak 2,554 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 132,706 (75.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat 251 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Beliau berkata, kes kematian pada hari ini adalah 18 kes terdiri 17 tempatan dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 660 kes iaitu 0.37 peratus.

“Kes kematian pada hari ini membabitkan sembilan kes dari Selangor, tiga kes dari Sabah, dua kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes dari Sarawak dan masing-masing satu kes dari Johor dan Pulau Pinang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya. – myMetro Online

Kategori