Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

CEO, Isteri Bebas Reman...

PUTRAJAYA - Ketua pegawai operasi sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dan...

Pistol Hilang Anggota Polis...

Sibu - Misi sekumpulan anggota polis menyertai operasi bersepadu tertangguh seketika apabila seorang...

Mansuhkan Undang-Undang Halang Rakyat...

SANDAKAN - Kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menyusahkan kebebasan rakyat untuk bersuara, kata...

PRU: PAN Bertanding 4...

IPOH - Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen...

Agong Harap Barisan Hadapan Terus Cekal

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan petugas barisan hadapan terus cekal dan tabah memerangi gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka amat memahami cabaran besar diharungi mereka ketika ini susulan kenaikan mendadak kes positif Covid-19 harian yang mencecah kepada empat angka secara berterusan sejak hujung tahun lalu. 

Katanya, Al-Sultan Abdullah amat menyanjung tinggi pengorbanan yang dicurahkan petugas barisan hadapan demi keselamatan diri rakyat dalam memikul tanggungjawab membendung dan merawat pesakit wabak yang boleh meragut nyawa itu. 

“Justeru, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar semangat kental dan juang yang tinggi dipamerkan petugas barisan hadapan sebagai benteng utama sejak penularan wabak ini awal tahun lalu di negara ini turut dihargai seluruh rakyat jelata. 

“Sesungguhnya, usaha gigih petugas barisan hadapan sewajarnya dipuji dan terus dihargai.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa dukacita terhadap rakyat yang masih tidak peka dalam tindak-tanduk harian mereka, khususnya terhadap pematuhan disiplin amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak ini. 


“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru seluruh rakyat untuk menzahirkan solidariti dan sokongan padu kepada petugas barisan hadapan dengan bersama berganding bahu berdisiplin mematuhi semua perintah yang ditetapkan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Titah baginda, inilah masanya untuk kita sebagai warganegara dan rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bersama mempamerkan semangat kesetiaan, kemanusiaan dan jati diri memerangi wabak Covid-19. 

“Semoga dengan sokongan dan kerjasama rakyat jelata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa kita bukan saja mampu sekali lagi melandaikan lekuk kes jangkitan Covid-19 harian, malah mampu meringankan beban yang dipikul petugas barisan hadapan. 

“Insya-Allah kalau kita berusaha dan tawakal kepada Allah, kita boleh memutuskan rantaian jangkitan dalam negara ini dengan berkesan,” titah baginda dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori