Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Azmin Akan Jumpa Dr...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan...

2 Pegawai SFC Sarawak...

KUCHING - Dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dipecat selepas mereka didapati bersubahat...

Hukuman Penjara Datuk Ditambah...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk terpaksa meringkuk lebih lama di...

Dibuang Keluarga Selepas 16...

`Wanita Besi’ India, Chanu Sharmila telah menamatkan mogok laparnya selama 16 tahun pada...

Angka Korban Gempa Di Sulawesi Meningkat 34 Orang

JAKARTA – Angka korban gempa bumi di pulau Sulawesi terus meningkat dengan sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan maut.

Ratusan mangsa dilaporkan cedera, sekali gus mencetuskan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk di pulau berkenaan, yang sebelum ini pernah dilanda gempa bumi dan tsunami pada September 2018, mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter itu meranapkan hospital dan merosakkan bangunan di kawasan berkenaan.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana, Ali Rahman, berkata, 26 mangsa membabitkan korban di bandar Mamuju.

“Angka korban dijangka terus meningkat tetapi kita berharap ia tidak berlaku. Banyak mangsa yang mati tertimbus di bawah runtuhan bangunan,” katanya.

Sementara itu, Agensi Bencana Kebangsaan berkata, sekurang-kurangnya lapan mangsa terkorban di selatan Mamuju di wilayah Sulawesi Barat. – Agensi

Kategori