Monday, December 30, 2024

Creating liberating content

N.Sembilan Sasar Satu ABR1M...

SEREMBAN - Negeri Sembilan menyasarkan untuk mempunyai satu Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) di...

KPDNKK Lancar Aplikasi EZ-ADU...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan...

Pergelangan Bayi 15 Bulan...

LAGI kes ibu bapa cuai berlaku sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan anak mereka...

32 Penduduk Medan 88...

PUTRAJAYA - Seramai 32 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang tidak pulang ke...

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Dikreditkan

PUTRAJAYA – Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) Fasa Kedua yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa menjelaskan perkara itu berkata, terdapat pihak keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula disalurkan bermula 21 Januari lalu.

Katanya, beliau memohon supaya penerima bersabar, kerana ia satu jumlah yang besar dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun sudah dikreditkan dan dari 25 hingga 29 Januari 2021, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Selain itu, mulai 25 Januari 2021, kira-kira 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40.

“Kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai keluhan bahawa Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 yang ditambah baik melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) tidak mencukupi, Tengku Zafrul berkata kemudahan itu perlu dilihat bersama bantuan lain dan tidak patut dilihat secara bersendirian. 

“Izinkan saya memberi penjelasan. Peruntukan terkini bagi PSU pada 2021 ialah RM3 bilion. Dengan perluasan skop untuk semua syarikat terjejas PKP, PSU 3.0 akan menerima penambahan peruntukan RM500 juta lagi, menjadikan jumlahnya RM1.5 bilion di bawah PERMAI. 


“Ini adalah penambahan kepada RM1.5 bilion yang diumumkan semasa Belanjawan 2021. Ini juga bermakna bahawa program PSU yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi 2020 dan 2021 secara keseluruhannya bernilai RM20.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata, selain RM3 bilion di bawah PSU 2021, kerajaan juga memperuntukkan RM3.7 bilion lagi di bawah program penjanaan pekerjaan di bawah Belanjawan 2021 yang baru dimulakan. 

Katanya, ini turut merangkumi program insentif pengambilan pekerja bagi majikan dan perniagaan.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa kadar sewa premis perniagaan MARA diturunkan 30 peratus.

“Manakala, insentif cukai bagi mereka yang memberikan kemudahan sama dilanjutkan kepada semua penyewa perniagaan, berbanding hanya penyewa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebelum ini.

“Banyak lagi bantuan yang boleh dimanfaatkan majikan dan perniagaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari portal Belanjawan 2021 di http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/, yang menyenaraikan semua manfaat Belanjawan 2021,” katanya. – BH Online

Kategori