Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan...

SESB Aktifkan Bilik Gerakan...

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di...

Mayat Mangsa Bot Karam...

KUALA PERLIS - Mayat remaja lelaki mangsa bot karam di perairan Kuala Sanglang-Kuala...

PDRM Tahan 17 Orang...

KUALA LUMPUR - Tujuh belas orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di Kuala...

Bayaran BPN 2.0 Dibuat Mulai 21 Januari

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan mempercepatkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta kira-kira 460,000 penerima baharu, mulai 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini susulan pengumuman pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata semakan kelulusan itu boleh dibuat mulai 15 Jan, 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my

“Bayaran bagi penerima B40 dan M40 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai 21 Januari dan 25 Januari ini.

“Bagi penerima tanpa akaun bank, tarikh pembayaran akan bermula pada 25 Januari melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mana pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa. 

“Untuk penerima di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai awal bulan Februari sehingga 1 April, 2021 di lokasi-lokasi yang akan diumumkan pada akhir Januari,” kata beliau.

Permohonan penerima baharu tersebut telah diluluskan sewaktu tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lepas.


BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan pada 23 September lepas.

Inisiatif BPN 2.0 itu disalurkan menerusi dua fasa pembayaran pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi seramai 11.06 juta penerima iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 bilion, setakat ini.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori