Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sebut Pondan: BN, PAS...

KUALA LUMPUR - Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS meninggalkan sidang Dewan...

KKM Tak Lagi Guna...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai...

Ranger Baharu Pacu Jualan...

KUALA LUMPUR - Ford Motor Company (Ford) hari ini mengumumkan jualan runcitnya bagi...

Kanak-Kanak Bijak Di UK...

SHANE Thomas pernah dianggap sebagai kanak-kanak pintar dan menjadi terkenal pada usia 10...

Buang Sampah Dari Kenderaan Jadi Budaya Orang Malaysia

KECOH sejak semalam penumpang sebuah kenderaan membuang sampah ke dalam sungai.

Alasan yang timbul selepas video berkenaan viral ialah kononnya balik berubat dan pawang beritahu penyakit itu perlu dibuang dalam sungai arus laju.

Namun, netizen ramai yang persoalkan, takkan sampai dua beg plastik besar dan penuh nak kena buang.

Malang si pelaku semalam apabila perbuatannya dapat dirakam.

Hakikatnya, bukan dia seorang sahaja buat macam tu.

Masa memandu atau berada dalam apa-apa kenderaan, cuba pandang sisi jalan raya anda.

Apa yang anda nampak? Hampir pasti sampah yang sudah bertahun sebati dengan pemandangan.

Peliknya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara beri kontrak potong rumput di setiap inci sisi jalan raya, menyebabkan rumput terjaga.

Namun malangnya, sampah di tepi jalan seumpama tak pernah dikutip.

Entah kenapa tumpuan diberikan kepada rumput dan bukannya sampah yang dibuang dari kenderaan.

Mungkin sebab potong rumput kena tender jadi boleh bagi pada kontraktor kawan-kawan dan sakau keuntungan sama-sama.

Manakala kutip sampah tugas hakiki setiap PBT yang mana tak boleh nak tender.

Bila tak boleh tender, maka tak boleh la hendak berpakat kan.


Sebab itu panjang rumput diberikan perhatian tetapi sampah kat tepi jalan tiada PBT yang ambil kisah.

Malaysia negara yang indah, tetapi hanya kalau ia bersih.

Kecantikan negara menjadi cacat sebab sisi jalan kita penuh sampah.

Malah jalan seperti lebuh raya berbayar pun banyak kotor.

Insiden makcik buang sampah yang viral sejak semalam seharusnya membuka mata banyak pihak.

Pendidikan mengenai kebersihan dan jangan buang sampah dari dalam kenderaan harus dipergiatkan.

Undang-undang baru yang lebih tegas perlu diperkenalkan dan dikuat kuasakan.

PBT harus diberikan amaran dan diambil tindakan jika tidak mahu menjaga kebersihan sisi jalan.

Sekadar cadangan tambahan, andai kata dah ketagih sangat bagi tender potong rumput, mengapa tidak diwajibkan kontraktor yang sama mengutip sampah sekali di lokasi rumput dipotong.

Dengan cara itu, rumput terjaga, kebersihan terjaga, poket orang-orang kat PBT pun terjaga nanti. – Mynewshub.TV

Kategori