Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Mandi Sungai Sebelum...

DUA lelaki yang didakwa merogol seorang wanita yang sedang mandi di tebing Sungai...

Shahrol Shiro Aktif Berkempen...

KIMANIS - Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili...

Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’...

SETAKAT ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti...

Suami Isteri & Seorang...

DUNGUN - Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah...

Dalang Pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir Dibebaskan

BOGOR – Guru agama Indonesia dengan fahaman ekstrem, Abu Bakar Bashir, yang pernah didapati bersalah mendalangi serangan bom di Bali pada 2002, dibebaskan hari ini.

Menurut pihak polis, pembebasan itu adalah selepas Abu Bakar selesai menjalani hukuman penjara, namun akan terus memantau aktiviti hariannya.

Abu Bakar sebelum ini dipenjara pada 2011 kerana terlibat dengan kem latihan militan di wilayah Aceh.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh Pengadilan Negeri Jakarta Selatan pada 2011 selepas didapati bersalah atas peranannya dalam mewujudkan kem latihan para-militari di Aceh yang ahlinya didakwa merancang membunuh presiden dan menggangu ekonomi Indonesia.

Namun, hukuman penjara ke atas pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah (JI) itu dikurangkan selama 55 bulan dipendekkan tempohnya berikutan berkelakuan baik dan tahap kesihatan beliau tidak mengizinkan.

Beliau juga didakwa terlibat sebagai perancang dalam pengeboman Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang. – Agensi

Kategori