Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Operasi Besar-Besaran Banteras PATI...

CAMERON HIGHLANDS - Operasi besar-besaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di beberapa bandar...

Anak Lelaki Will Smith...

KEMANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah kisah Jaden Smith, yang merupakan...

Malaysia Airlines Kecualikan Fi...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd. (MAB) memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket...

Tawaran Hebat IPhone 7...

SINGAPURA - Warga Singapura khasnya anak muda teruja apabila tersebar iklan 'pop-up' yang...

Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Dalam Otak

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras mengalami penyakit ‘aneurysm’ dalam otak dan disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu. 

“Beliau dikesan mempunyai penyakit lain dan tiada kaitan dengan kelesuan bekerja. Ujian Covid-19 adalah negatif,” katanya. 

Jangan Risau… Klik sini

Sementara itu, salah seorang dipercayai waris kepada mangsa melalui Facebook yang tular mengesahkan arwah meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air ketika bekerja dan mengakibatkan pendarahan di kepala serta beberapa kali sudah dibedah. 

“Arwah adalah anak saudara saya dan meninggal dunia akibat jatuh bilik air. Mohon perbetulkan fakta,” katanya merujuk kepada tular mengenai berita pemergian Dr Ali akibat kepenatan bekerja.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia.


Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB).

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan. – myMetro Online

Kategori