Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

LGE Kena Belajar Balik...

SINIS... Pemuda UMNO bidas Lim Guan Eng sangkal laporan Nomura Global Research turunĀ rating...

Kerajaan Masih Tiada Kata...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaan masih belum...

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat...

UMNO Kekal Peroleh Semula...

UMNO, Wanita MCA dan dua entiti perniagaan kekal memperoleh semula wang berjumlah RM194...

Ekonomi Malaysia Dijangka Melonjak Semula Lebih Pesat

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka melonjak semula dengan lebih pesat lagi selepas negara berjaya mengawal dan meredakan pandemik COVID-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata jangkaan ini berdasarkan indeks sekatan pergerakan berkesan, apabila sebuah perunding antarabangsa mengunjurkan Malaysia adalah antara tiga negara yang mempunyai ruang paling banyak untuk mengawal dan meredakan pandemik COVID-19 pada 2021. 

Beliau turut memetik laporan berita sebuah syarikat media antarabangsa, yang meletakkan Malaysia di tempat kelima sebagai destinasi tumpuan pelaburan dan perniagaan utama dalam kalangan ekonomi membangun sedunia bagi tahun 2021, mengatasi negara-negara seperti China, Filipina, India dan Indonesia.

ā€œIni berdasarkan, antara lainnya, potensi pemulihan ekonomi yang pesat, serta kedudukan fiskal dan kewangan negara yang stabil,ā€ katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-35 hari ini.

Beliau turut memetik laporan oleh sebuah firma perunding antarabangsa baru-baru ini yang menyimpulkan bahawa Kuala Lumpur kekal menarik kepada komuniti perniagaan antarabangsa, mengambil kira faktor-faktor seperti kemudahan infrastruktur yang bersepadu, kepelbagaian dan mutu sumber manusia, serta kesediaan negara dalam mengadaptasi teknologi digital. 


ā€œDalam kerajaan merangka perjalanan ekonomi negara pasca COVID-19 ini, semestinya sebarang keputusan perlu mengimbangi antara pengurusan sumber sedia ada, serta impak positif atau pengganda bagi jangka masa pendek dan panjang.

ā€œPendekatan ini akan terus diamalkan oleh Kementerian Kewangan dalam penggubalan setiap dasar,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori