Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Macam Macam.. Dah Bagi...

Sudah jadi lumrah bagi sesetengah peniaga online menyertakan free gift bagi setiap barangan yang...

Syor SPR Distruktur Semula...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengesyorkan supaya...

Aksi Separuh Bogel, Lelaki...

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat...

19 Lokasi Pokok Tumbang...

Kuala Lumpur : Beberapa kenderaan dan bangunan rosak selain laluan terhalang akibat pokok...

“Fikirkan Rakyat, Bukan Pilihan Raya”

KUALA LUMPUR – Keutamaan perlu diberi terhadap usaha mengawal penularan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara berbanding merangka percaturan politik mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat. 

Ketika kes COVID-19 terus merekodkan peningkatan mendadak ketika ini, pemimpin akar umbi UMNO mahu tumpuan kepada kebajikan rakyat mesti diutamakan, selain mendepani situasi banjir di enam negeri ketika ini. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata usaha ke arah PRU mungkin boleh dimulakan sekiranya rakyat sudah mendapat suntikan vaksin.

“Tumpuan ketika ini harus menjurus kepada membantu rakyat yang terkesan akibat banjir, meningkatkan usaha memerangi COVID-19 sehingga majoriti rakyat mendapat vaksin dan membantu rakyat yang terkesan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan COVID-19, selain mencari jalan memulihkan segera ekonomi negara.

“Secara prinsip, bagi memastikan kita mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil, memang hasrat ramai supaya PRU ke-15 dilaksanakan segera. 

“Bagaimanapun, mengambil kira pandemik COVID-19 yang merisaukan, keselamatan rakyat mesti diutamakan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dan parti politik boleh memulakan usaha untuk meyakinkan rakyat PRU boleh diadakan ketika pandemik, namun ia bukanlah tugas yang mudah.

Tun Faisal berkata, rakyat tidak mudah diyakinkan bagi mengadakan PRU, terutama dalam keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap menyaksikan peningkatan kes.

“Adakah rakyat akan menerima baik usaha kita atau rakyat akan memandang negatif terhadap UMNO atau mana-mana pihak yang mahu PRU ke-15 diadakan ketika ini,” katanya.


Sementara itu, Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, berkata UMNO perlu melakukan gencatan politik dan kembali kepada agenda membela rakyat.

“Cuba tanya rakyat apa yang mereka inginkan. Saya yakin mereka ingin melihat sengketa perbalahan politik yang berpanjangan dihentikan. 

“Mereka inginkan pemulihan dan kestabilan ekonomi, keselamatan daripada ancaman COVID-19 dan bantuan ketika banjir melanda serta pembelaan ketika susah,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan apakah UMNO yakin untuk mencatat kemenangan menerusi PRU ketika rakyat mencemuh sikap dan tindak-tanduk pemimpin politik. 

“Apakah kita sudah tidak sabar ditindas dan hanya ingin memuaskan hati dan emosi? Apakah kita menganggap hanya kita yang hebat memimpin negara untuk kebaikan rakyat?

“Mungkin ada pelbagai alasan politik yang boleh diberikan untuk mencapai matlamat yang diinginkan,” katanya. – BH Online

Kategori