Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rusia Undur Dua Per...

WASHINGTON : Rusia dilaporkan sudah mengundurkan dua per tiga tenteranya dari sekitar kawasan...

Henti Guna Dolar AS...

KUALA LUMPUR - MIC hari ini mencadangkan agar dunia Islam berhenti daripada menggunakan...

Tidak Rasmi: Johan Aziz...

PETALING JAYA : Calon BN DUN Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz dilihat...

Sultan Johor Berangkat Lawatan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

HARI Pertama 2021 Yang Mengecewakan…

KETIKA rencana ini mula ditulis, baru sahaja 5 minit Januari 2021 berakhir.

Bermakna sudah 24 jam tahun baru berlalu.

Setelah melalui tahun yang mencabar dan penuh kedukaan yakini 2020, ramai yang menyimpan harapan tahun ini membawa sinar yang lebih mengembirakan.

Mungkin terlalu awal, namun hari pertama tidak mencerminkan apa yang diharapkan kita semua.

HSR DIBATALKAN

Seawal pagi kita dihidangkan dengan kegagalan besar kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Projek keretapi laju Malaysia Singapura dibatalkan dan kerajaan kita perlu membayar ratusan juta kepada kerajaan negara jiran atas tindakan kita membatalkan perjanjian pembinaan tersebut.

Satu projek bijak dan berwawasan zaman Najib Razak dibuang begitu sahaja oleh Abah Kau.

Bayangkan kalau HSR ada, dalam masa beberapa jam sahaja rakyat Singapura boleh datang ke Kuala Lumpur dan berbelanja dalam jumlah yang banyak hampir setiap hari.

Satu faktor ekonomi yang menguntungkan Malaysia dalam jangka masa panjang. Namun kita ada kerajaan lemah yang umpama tiada hala tuju untuk pembangunan negara dalam jangka yang lama.

Itu belum mengambil kira ratusan ribu rakyat Malaysia yang boleh berkerja dan mendapat gaji jauh lebih baik di Singapura.

Sepanjang jajaran HSR juga akan mula maju bila HSR beroperasi.

HARGA MINYAK NAIK

Menjelang petang, harga minyak diumumkan kerana 1 Januari jatuh pada hari Jumaat.

Entah untuk ke berapa minggu berturut-turut, harga minyak naik lagi sekali.


Harga dunia turun pun, harga minyak kita terus meningkat.Selain Covid-19 yang terus naik, harga minyak kita juga semakin naik.

Kekecewaan kedua untuk rakyat dalam sehari.

9 MAUT DI SARAWAK

Menjelang petang juga, sembilan sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki terjunam ke Sungai Batang Lupar.

Keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan menghantar seorang daripada mereka ke Kuching untuk mengikuti pengajian tahfiz.

Sumber berkata, kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu berlaku apabila 4WD dinaiki keluarga terbabit berundur selepas kapasiti feri yang dinaiki mereka penuh.

Mungkin ada yang melihat ia sebagai isu terpencil.

Namun ia juga cerminan kerajaan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan yang selamat di sana.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersikap prihatin telah lama dulu meluluskan pembinaan jambatan di sungai berkenaan tetapi ia kemudian dibatalkan oleh kerajaan Mahathir.

Dan secara umum, ia juga satu tragedi yang amat menyedihkan kita semua.

Kita mahu mendengar kisah-kisah gembira di hari pertama, namun kita menerima kisah yang menyayat hati bila mengetahui satu keluarga termasuk kanak-kanak mati ketika dalam perjalanan untuk menjadikan salah seorang mereka sebagai tahfiz.

Berakhirnya hari pertama 2021… Umpama tidak ada yang mengembirakan… Namun, masih ada 364 hari lagi… Insyaallah… Teruskan yakin dan berdoa… Segalanya akan baik kembali…. – Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • 2021

Kategori