Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Kedah, Sultan Abdul...

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Abdul Halim, 89, dilaporkan mangkat sekitar pukul...

42 Pulih, Tiada Kematian,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara kembali merekodkan angka dua digit selepas merekodkan hanya...

Akhirnya Ada Yang Faham...

PELAKON Fendy Bakry lega akhirnya ada netizen yang memahami keadaan tubuh badanya yang...

Aksi Gedik: Mira Filzah...

PELAKO Mira Filzah, 23, berkata video-videonya menari sambil meniru gaya menyanyi lagu Hindustan...

Impak PKP Dapat Dilihat 2 Minggu Lagi – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini adalah disebabkan pesakit terdedah kepada virus itu sejak 14 hari lalu, iaitu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keberkesanan pelaksanaan PKP yang dilaksanakan sejak 13 Januari lalu hanya dapat dilihat dalam tempoh dua minggu lagi. 

“Kalau lihat pada unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) semalam ialah 1.16 dengan kes 3,306. Bagaimanapun jika dilihat hari ini, kes yang dilaporkan ialah 3,631 dan ia ternyata melebihi jangkaan Rt kita. 

“Kita jangkakan pada minggu ketiga Februari, kes yang dilaporkan adalah 5,000 sehari dan akan terus meningkat pada Mac dengan 8,000 kes sehari,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menegaskan, pelaksanaan PKP sangat penting, tetapi keberkesanannya tidak dapat dilihat sekarang.

“Amat penting untuk kita laksanakan PKP. Impak keberkesanan PKP tidak dapat dilihat sekarang, tetapi penurunan kes akan dapat dilihat dua minggu lagi,” katanya. – BH Online

Kategori