Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelabur Tak Terima Idea...

KUALA LUMPUR - Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend...

VIDEO: Kelakar Seram.. Singa...

HAIRAN dan pada masa sama menakutkan, melihat bagaimana seekor singa mampu membuka sebuah pintu...

Adam Corrie, Tokoh Maal...

SALAM Maal Hijrah 1439 kepada seluruh umat Islam dan semoga kehadiran tahun baharu...

Daiyan Trisha Diganggu Peminat...

SELEPAS gambar artis-artis wanita tanah air seperti Emma Maembong, Eyka Farhana, Fazura dan...

Ismail Sabri Minta Top Glove Pastikan Keselamatan Pekerja

KUALA LUMPUR – Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu dititikberatkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Syarikat itu perlu memastikan semua bakal pekerjanya menjalani ujian saringan COVID-19, bagi mengelakkan jangkitan baharu dalam kalangan mereka, selain menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang menghadapi masalah itu.

Jangan Risau… Klik Sini

“Saya harap semua pekerja mengambil ujian swab dan mereka yang tiada rumah sendiri, saya harap mereka ditempatkan di tempat yang kondusif untuk diduduki. Kita tidak mahu ada tambahan kes dalam kalangan pekerja syarikat ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Syarikat itu dalam usaha menangani pengangguran di negara ini hari ini mengumumkan, pengambilan 9,000 pekerja menerusi kempen pengambilan pekerja selama setahun yang dimulakan dengan Pameran Kerjaya Top Glove Secara Maya, esok.

Ia membabitkan masing-masing sebanyak 4,000 jawatan untuk pekerja tempatan; 2,300 jawatan untuk lulusan baharu universiti dan vokasional teknologi; 2,000 pelatih latihan industri dan pelatih; serta 700 pekerja yang berpengalaman. – BERNAMA

Kategori