Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Persatuan Bola Sepak Diharap...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap persatuan bola sepak negeri-negeri...

Korban Di Palu Terus...

PALU (INDONESIA) - Jumlah kematian akibat tsunami dan gempa bumi meningkat kepada 832...

Ahli Parlimen Nibong Tebal...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, rebah ketika membahaskan...

Singapura Mansuh Pelekat Cukai...

SINGAPURA - Pelekat cukai jalan raya tidak akan dikeluarkan lagi bermula 15 Februari,...

JPJ Panggil Pemilik Kenderaan Untuk Disiasat

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan yang penumpangnya dirakam membuang sampah ke dalam sungai, semalam.

JPJ dalam kenyataan media berkata pihaknya mengeluarkan notis temu siasat mengikut seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan berkenaan.

“Membuang sampah daripada kenderaan bermotor adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Kaedah 52 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman boleh dikenakan terhadap pelaku mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

“Jika sabitan kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan penjara atau kedua-duanya,” katanya.


Pada masa sama, JPJ turut menasihatkan masyarakat supaya tidak menjadikan amalan membuang sampah dari kenderaan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, tular video sebuah kereta yang berhenti di atas jambatan sebelum seorang wanita membuang sampah ke dalam sungai menerusi tingkap.

Video berdurasi 20 saat itu mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan individu berkenaan tiada kesedaran sivik. – BH Online

Kategori