Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Deklarasi Rakyat: Tun M...

KUALA LUMPUR - Mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat membuat...

Seorang Maut Letupan Bom...

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang...

BN Perlu Raih Sekurang-Kurangnya...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular...

Dulu Tuduh Najib Jual...

SINDIR... Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan terhadapnya yang...

Kartel Daging: 3 Lagi Kakitangan MAQIS Johor Direman

JOHOR BAHRU – Tiga penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor direman lima hari hingga 23 Januari ini bagi membantu siasatan kes  rasuah membabitkan kartel daging sejuk beku import pada awal Disember lalu. 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzir selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun terbabit ditahan pada 7 malam semalam selepas hadir di ibu pejabat SPRM negeri untuk memberi keterangan.

Difahamkan mereka masing-masing bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di Iskandar Puteri; Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru;  dan di Pejabat MAQIS Muar.

Mereka merupakan kumpulan kedua daripada MAQIS Johor yang direman berkaitan isu itu selepas penahanan dua pegawai pada 7 Januari lalu.

Pada 1 Disember lalu, negara dikejutkan dengan pembongkaran kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan. – BERNAMA 

Kategori