Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TMJ – Sesiapa Bertanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Tak Menang Oscar…Michael Keaton...

Biarpun Anugerah Academy ke-87 sudah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu, media masih lagi...

Selebriti Popular Banjiri Perhimpunan...

JUMAAT merupakan hari keempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang diadakan...

‘Kalau Pemimpin Mereka Semua...

KUALA LUMPUR - "Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka ok. Kalau...

Loceng Sekolah Kembali Berbunyi, Pelajar Semangat Hadir

KUALA LUMPUR – Suasana hari pertama persekolahan sesi 2021 di semua sekolah menengah seluruh negara hari ini, kembali ceria dengan kehadiran pelajar khususnya yang menduduki peperiksaan utama bagi tahun 2020.

Sesi persekolahan secara bersemuka ini melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Serentak pembukaan sekolah hari ini, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut dilaksanakan bagi semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sekolah menengah.

Jangan Risau… Klik sini

Tinjuan Bernama di seluruh negara mendapati, rata-rata murid kelihatan bersemangat dan teruja apabila dapat kembali ke sekolah masing-masing dengan pematuhan amalan norma baharu bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 termasuk memakai pelitup muka dan merekod suhu sebelum memasuki kawasan sekolah.

Di KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA, pelajar sekolah menengah di sini hadir ke sekolah seawal 7 pagi, lengkap beruniform sekolah dan kelihatan gembira bertemu rakan serta guru, selepas hampir lapan bulan tidak bersua muka ekoran sekolah terpaksa ditutup akibat penularan COVID-19.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), Irfan Danial Suhaimi, 18, berkata beliau tidak sabar meneruskan pembelajaran bersama rakan-rakannya sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM.


“Setelah sekian lama tidak bertemu, kami akhirnya dapat bersama-sama belajar dan mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya. 

Di SMK Batu Muda, Sentul di sini, pelajar turut diberikan taklimat oleh pengurusan sekolah berhubung prosedur operasi standard (SOP) proses pembelajaran bagi memastikan sesi persekolahan selamat dan bebas daripada jangkitan wabak itu.

Di PERAK, seramai 28,637 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2020 di negeri ini dijadualkan mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka hari  ini.

Tinjauan di beberapa sekolah di Ipoh, mendapati pelajar dan guru mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk soal penjarakan fizikal  dan ada juga pelajar dilihat mengambil kesempatan ini menggayakan pelitup muka berwarna-warni dengan pelbagai rekaan. – BERNAMA

Kategori