Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jurujual Maut, Seorang Cedera...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual di Keramat maut manakala rakannya cedera ringan dalam...

Kisah Prebet Adam Lama...

PARIT - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kisah Prebet...

‘Jesus Christ’ Rancang Culik...

Washington - Seorang lelaki bersenjata berat yang mendakwa dirinya Jesus Christ dan merancang...

PH Hipokrit Kecam PRN...

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Gabungan parti...

Mayat Korban Keenam Mangsa Banjir Pahang Ditemukan

KUANTAN – Mayat remaja perempuan mangsa bot terbalik di Sungai Jelai, Lipis, Isnin lepas, ditemukan pagi tadi kira-kira 11 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Nur Zakirah Ahmad Hussin, 19, yang merupakan korban keenam banjir Pahang, ditemukan di bawah jambatan kereta api Bukit Betong, Padang Tengku, oleh penduduk kira-kira 11 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada polis.

“Berikutan dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 35 pegawai dan anggota daripada polis dan bomba serta dibantu orang kampung sebelum ini, ditamatkan pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 

Nur Zakirah dilaporkan hilang selepas terjatuh apabila bot dikemudi bapanya, Ahmad Hussin Mad Aris, 52, terbalik akibat arus deras menyebabkan mangsa dan ibunya, Rozi Omar, 52, hilang, namun mayat Rozi ditemukan pada Selasa lepas. 

Ahmad Hussin dan seorang lagi anaknya, Nur Aina, 23, berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku semasa mereka menaiki bot untuk pulang ke rumah di Bukit Betong bagi meninjau keadaan banjir di rumahnya. – BERNAMA

Kategori