Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pegawai Imigresen Hadapi 8...

BUTTERWORTH - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Inkues Adib: ‘Cik Miera’...

SHAH ALAM - Pemilik nama 'Cik Miera' yang mencetuskan kontroversi menerusi hantaran komen...

Simon Cowell Selamatkan Peserta...

SEORANG peserta X Factor, Kerrianne Covell, 23, terselamat daripada dibuang kerja selepas Simon...

Lelaki Dipercayai Mabuk Melanggar...

KLANG - Seorang pemandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh sebelas kenderaan...

Menteri Kabinet Jalani Ujian Saringan COVID-19, 3 Positif

PUTRAJAYA – Semua menteri Kabinet telah menjalani ujian saringan COVID-19, dengan tiga daripadanya disahkan positif, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

Tanpa mendedahkan nama mereka yang positif, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memberi rawatan kepada mereka di fasiliti sedia ada.

“Semua yang kita uruskan untuk buat saringan COVID-19 telah dilakukan dan kita akan beri rawatan kepada tiga jemaah menteri yang disahkan positif COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini dua menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, telah disahkan positif COVID-19.

Ditanya sama ada menteri Kabinet yang negatif akan menjalani kuarantin, Dr Adham berkata KKM akan membuat penilaian risiko terhadap anggota jemaah menteri sebelum mengeluarkan apa-apa arahan.

“Penilaian risiko akan dibuat oleh KKM bagi memastikan sama ada mereka ini perlu kuarantin atau tidak,” katanya. – BERNAMA

Kategori