Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Sado Jual Buah...

SEJAK kebelakangan ini banyak kisah-kisah mengenai lelaki sado yang berniaga mendapat perhatian masyarakat...

‘Dulu 7 Coli.. Kini...

Kota Tinggi - Satu keluarga bingung apabila rumah mereka di Jalan Mohamed di...

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Gangguan Bekalan Air Selama...

GEORGE TOWN - Kira-kira 24,000 penduduk di Permatang Damar Laut dan Batu Maung...

MetMalaysia Ramal Banjir Kali Ini Tak Seburuk 2014, 2006

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan banjir yang sedang melanda Pantai Timur Semenanjung, Johor, Perak dan Selangor, tidak akan menjadi seburuk seperti yang pernah direkodkan sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon, berkata pihaknya tidak menjangkakan banjir besar di Pantai Timur boleh berlarutan seburuk seperti 2014, begitu juga di Johor yang pernah merekodkan banjir teruk pada 2006.

“Dari segi jangkaan tahun ini, kami tidak menjangkakan banjir besar sebenarnya, sebaliknya hanya banjir biasa. Kami tidak jangkakan sebesar seperti 2014 atau 2013 di Pantai Timur, begitu juga di Johor tidaklah sebesar 2006 atau 2007 dahulu.

“Ia lebih kurang banjir biasa, cuma di Pahang agak besar sedikitlah,” katanya pada sidang media di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, di sini hari ini.

Katanya, MetMalaysia juga meramalkan cuaca buruk yang mengakibatkan banjir, khususnya di Pahang dan Johor akan berakhir dalam tempoh terdekat, sama ada pertengahan atau minggu ketiga Januari, namun risiko banjir masih ada sehingga tempoh itu.

“Secara keseluruhan, MetMalaysia menjangkakan Monsun Timur Laut akan berakhir pada pertengahan atau minggu ketiga Mac. Bagaimanapun bagi Semenanjung, biasanya tempoh itu akan habis pada pertengahan atau minggu ketiga Januari.


“Kalau mengikut klimatologi di sebelah Johor dan Pahang, kita jangkakan keadaan cuaca akan bertambah baik, namun kemungkinan (banjir) di dua negeri itu masih tinggi sehinggalah pertengahan atau minggu ketiga Januari.

“Di Kelantan dan Terengganu, diramalkan masih ada hujan pada sebelah pagi dan petang,” katanya.

Pada masa sama, Jailan berkata, selepas Semenanjung, tumpuan MetMalaysia akan terarah ke Sabah dan Sarawak berikutan dua negeri itu biasanya menerima hujan atau dilanda banjir pada bulan ini dan Februari. – BH Online

Kategori