Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelayakan EURO 2016: Chiellini...

MILAN - Pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini menjaringkan tiga gol, termasuk gol sendiri di...

Daesh: Pesara Guru Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang pesara guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat, Kelantan...

Nelo Vingada Jurulatih Baharu...

KUALA LUMPUR - Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai...

Tiada Rokok Elektronik, Vape...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang rokok elektronik (e-cigarette) atau vape yang didaftar sebagai...

Moody’s Sahkan Penarafan Malaysia Pada A3, Unjuran Stabil

KUALA LUMPUR – Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan penerbit jangka panjang mata wang asing dan tempatan serta hutang tidak bercagar senior mata wang tempatan Malaysia pada A3, dengan unjuran yang stabil.

Dalam kenyataan semalam, Moody’s menjelaskan pengesahan penarafan itu disokong oleh jangkaannya bahawa prospek pertumbuhan jangka sederhana Malaysia akan terus kukuh, dan institusi pembuatan dasar makroekonomi negara akan terus dipercayai dan efektif, sekalik gus menyediakan daya tahan profil kredit negara.

“Kekuatan ini, berlandarkan andaian asas Moody’s, seimbang dengan beban hutang kerajaan yang agak tinggi dan meningkat, yang menjadikan kerajaan berada pada kekuatan fiskal yang rendah untuk beberapa waktu selepas berlakunya kejutan pandemik ke atas kewangan awam,” menurutnya.

Agensi penarafan itu menjelaskan, sementara pihaknya menjangkakan kerajaan kekal komited terhadap pengukuhan fiskal secara berperingkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, namun peningkatan beban hutang dijangka tidak berkurangan dengan cepat.

“Unjuran stabil pula mencerminkan pandangan Moody’s bahawa risiko terhadap profil kredit kekal konsisten dengan tahap penarafan A3 berlandaskan andaian semasa,” menurutnya.

Ia turut menjangkakan pandemik COVID-19 tidak akan memberi kesan negatif yang berterusan terhadap model ekonomi Malaysia.

“Oleh itu, gelombang jangkitan semasa dan seterusnya akan menunda, namun secara material tidak menghalang kembalinya ekonomi kepada kadar pertumbuhan yang tinggi,” katanya.


Moody’s juga menjelaskan rekod prestasi dasar makroekonomi berkesan pihak berkuasa termasuk dasar fiskal yang berhemat adalah berterusan, walaupun wujud gangguan berlanjutan dalam landskap politik.

Agensi itu pada masa yang sama mengesahkan penarafan mata wang asing bagi hutang tidak bercagar senior disokong yang diterbitkan oleh syarikat tujuan khas kerajaan, Malaysia Sovereign Sukuk Bhd, Malaysia Sukuk Global Bhd dan Wakala Global Sukuk Bhd pada A3.

“Obligasi pembayaran yang berkaitan adalah, menurut pandangan Moody’s, obligasi langsung kerajaan,” menurutnya.

Moody’s juga mengesahkan penarafan mata wang tempatan bagi hutang tidak bercagar senior disokong yang diterbitkan Khazanah Nasional Bhd, yang meraih manfaat daripada jaminan yang jelas daripada kerajaan.

Siling negara mata wang tempatan dan asing Malaysia masing-masing tidak berubah pada Aa1 dan Aa2, menurutnya. – BERNAMA

Kategori