Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Bentang Pindaan Perlembagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had...

Pelarian Rohingya: Bangladesh Tolak...

PHNOM PENH - Bangladesh tidak menerima tawaran Kanada untuk menempatkan pendatang Rohingya termasuk...

KKPT Mohon Peruntukan Khas...

PARIT - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKPT) akan memohon peruntukan...

Persenda OKU: Polis Ambil...

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita hari ini...

Notis Amaran Dikeluarkan Terhadap Ancaman Penggodam

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius ancaman pihak tertentu mahu menggodam laman sesawang kerajaan menerusi penularan satu video yang dikeluarkan oleh ‘Anonymous Malaysia’ di platform media sosial baru-baru ini.

MKN dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, NACSA sudah mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan itu. 

“NACSA juga sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat serta sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan itu jelas digariskan menerusi Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang dilancarkan pada Oktober 2020 lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan sudah menerima maklumat berhubung perkara itu dan kini dalam perhatian PDRM. – myMetro Online

Kategori