Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Misteri, Lelaki Tiba-Tiba Terbakar...

SEORANG lelaki meninggal dunia dalam keadaan misteri apabila dia tiba-tiba terbakar di tengah...

Shahidan Kemuka Usul Tergempar...

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau,...

Perhilitan Sedia Bekerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan memberi...

REDtone Lantik Tunku Tun...

KUALA LUMPUR - REDtone International Bhd melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail...

Pengarah, Pekerja Syarikat Import Daging Direman 4 Hari

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku di sini, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan, pagi ini. 

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi berkata, mereka yang direman berusia antara 39 hingga 50 tahun.

“Empat yang direman berkenaan membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang lagi pengarah syarikat lain.

“Mereka ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya, hari ini.


Azmi berkata, SPRM akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dalam menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan isu kartel daging import.

Katanya, SPRM memandang serius perkara itu yang membabitkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Media sebelum ini melaporkan isu kartel daging import dipercayai membawa masuk daging yang diragui status halal. – BH Online

Kategori