Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRK Pelangai: BN Kekal...

Bentong : Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada...

JAIM Cadang Beri Notis...

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di...

Zizan Mohon Maaf Isu...

NAMPAKNYA bukan hanya pengacara wanita sahaja yang perlu berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian,...

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan...

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah...

‘Pentadbiran Baharu’ AS Bermula 20 Januari – Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump pada Khamis berkata ‘pentadbiran baharu’ akan mula mengambil alih akhir bulan ini, sehari selepas penyokongnya menyerbu bangunan Capitol, yang menempatkan Dewan Perwakilan dan Senat, lapor Agensi Anadolu.

“Pentadbiran baharu akan bermula pada 20 Januari. Tumpuan saya kini adalah memastikan peralihan yang lancar, tertib dan teratur,” kata Trump dalam satu video di Twitter, tanpa menyebut nama bakal Presiden Joe Biden. “Detik ini menuntut pemulihan dan perdamaian.”

Beliau berkata  Amerika Syarikat telah melalui pilihan raya yang tegang dan “penuh emosi dan sekarang ia perlu ditenangkan dan dipulihkan.”

Trump turut meminta undang-undang pilihan raya “mengesahkan identiti dan kelayakan semua pengundi untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan dalam semua pilihan raya akan datang.”

Dalam ucapannya, yang ditujukan kepada kumpulan perusuh, Trump melahirkan kemarahannya terhadap “serangan keji” di bangunan Capitol dan penyerang yang “mencemarkan kerusi demokrasi Amerika.”

“Kepada mereka terlibat dengan tindakan keganasan dan kemusnahan, anda tidak mewakili negara kami. Kepada mereka yang melanggar undang-undang, anda akan menerima hukumannya,” tambahnya.


Pada Rabu, ratusan penunjuk perasaan pro-Trump menyerbu bangunan Capitol dan melakukan keganasan mengakibatkan empat kematian.

Lebih 50 orang ditangkap dan puluhan kecederaan dilaporkan.

Trump dan sekutu politiknya selama berbulan-bulan mendakwa wujud penipuan dalam pilhan raya itu. – BERNAMA

Kategori