Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

BERSATU Johor Adakan Mesyuarat...

JOHOR BAHRU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor akan mengadakan mesyuarat dalam...

Shukry Disingkir Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry...

Sanggup Suntik Bakteria Kerana...

SEORANG aktres dari Jerman, Manoush, yang berusia 45 tahun, sanggup membahayakan nyawanya sendiri...

‘Ramli Merdeka’ Hiasi Van...

ALOR SETAR - Setiap kali menjelang ketibaan 31 Ogos, Ramli Mustafa akan menyemarakkan...

Pergerakan Ke Zon Merah, Punca Kes Covid-19 Bertambah

JOHOR BAHRU – Pergerakan pekerja industri ke zon merah antara punca utama pertambahan kes baharu di Johor, yang merekodkan angka tertinggi semalam dengan 1,103, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,043 adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

Katanya, jumlah kes yang tinggi dan mendadak juga adalah susulan saringan sukarela yang dijalankan pihak majikan kepada pekerja warga asing bermula Disember lalu. 

“Berdasarkan siasatan di lapangan, Jabatan Kesihatan mendapati punca utama kes baharu dalam kalangan pekerja industri disebabkan pergerakan mereka ke zon merah di luar Johor serta tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang diperkenalkan.

“Penempatan warga asing yang tidak mematuhi SOP, sentiasa sesak dan sempit juga didapati menyumbang kepada penularan yang cepat dalam kalangan mereka.

“Sebaik sahaja Jabatan Kesihatan mengenalpasti lokasi industri yang melaporkan kes positif tinggi, tempat tinggal mereka (asrama) akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengawal penularan ke dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Vidyananthan berkata, sehingga semalam, terdapat tiga asrama pekerja asing diletakkan di bawah PKPD iaitu Asrama Westlite, di Johor Bahru, Asrama Westlite 1 dan Westlite 2, di Kulai serta Asrama Kejora Juara, Bukit Pasir, di Muar. 

Katanya, Kluster Senai Murni adalah kluster baharu membabitkan kluster tempat kerja di daerah Kulai dengan kes indeks dilapor pada 31 Disember lalu menerusi saringan bersasar di tempat kerja.

Tambahnya, sehingga semalam, seramai 190 individu disaring, 66 daripadanya dikesan positif. – BH Online

Kategori