Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelakon, Pengarah Filem, Penolong...

KUALA KANGSAR - Pelakon, pengarah filem dan penolongnya masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah...

Hospital UniSZA Beroperasi Penuh...

KUALA NERUS - Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka beroperasi secara...

Peluang Masih Ada Untuk...

KUALA LUMPUR ā€“ Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia...

Awi Kenal Atikah Ketika...

PENYANYI, Awi Rafael mendedahkan dia hanya mula mengenali tunangnya, Atikah Suhaimie ketika masih...

PERMAI: Pelepasan Cukai Peralatan Teknologi Dilanjut

KUALA LUMPUR – Tempoh pelepasan cukai khas ke atas pembelian peralatan teknologi dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet.

Menurutnya, kerajaan melihat pelbagai insentif dan pelepasan cukai berjaya meransang ekonomi dalam beberapa sektor.

“Selaras dengan keperluan normal baharu yang banyak bergantung kepada penggunaan alat digital, suka saya berkongsi bahawa pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang berakhir pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pengumuman pakej bantuan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga melanjutkan tempoh capaian internet percuma sebanyak 1 Gigabit yang diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web termasuk tujuan pendidikan.


“Kemudahan yang bernilai RM500 juta itu bermula pada 1 Januari lalu dan akan dilanjutkan sehingga hujung April depan.

“Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April,” katanya.

Katanya, kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi berkenaan akan dapat meringankan beban pengguna. – myMetro Online

Kategori