Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Jual Kuntilanak Secara...

PENGGUNAAN media sosial untuk mempromosikan barang dagangan memang sudah tidak asing lagi malah...

Isu Bauksit: 2 Kakitangan...

KUANTAN - Dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah...

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang...

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam...

Pemandu Terlibat Tragedi Berbasikal...

JOHOR BAHRU - Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki...

PERMAI: Pengecualian Cukai Jualan Kereta Penumpang Dilanjut

KUALA LUMPUR – Pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang dilanjutkan untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bagi merancakkan semula jualan automotif yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan telah mengumumkan perlanjutan pengecualian cukai membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) sehingga 30 Jun 2021.

“Saya berharap langkah ini akan terus memacu momentum perkembangan sektor automotif,” katanya ketika pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, hari ini.

Mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Muhyiddin berkata, peminjam yang terjejas akibat Covid-19 dan bencana banjir boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.

Katanya, permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac ini. – myMetro Online

Kategori