Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Equanimity Akan Dijual Tidak...

KUALA LUMPUR - Kapal mewah ‘Equanimity', yang dimiliki kerajaan Malaysia akan dijual pada...

Fasa Ketiga Menaik Taraf...

MAKKAH - Projek fasa ketiga menaik taraf mataf, iaitu tempat tawaf bertingkat mengelilingi...

Anwar Jadi ‘Ketua Pengawas’...

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat akan menjadi sebagai...

Tahniah! Syafiq Yusof Dan...

PENGARAH filem terkenal, Mohd Syafiq Yusof, 25, berkongsi khabar gembira setelah isterinya selamat...

Perutusan Khas PM Mengenai PKP 6 Petang Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 6 petang ini.

Perutusan khas berkenaan akan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook beliau dan beberapa stesen televisyen tempatan, termasuk TV3.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan, Muhyiddin akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini melahirkan kebimbangan terhadap jumlah 71 kes kematian tinggi dicatatkan negara akibat COVID-19, walaupun baru 10 hari memasuki tahun baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, jumlah kes kematian kurang daripada 100 kes.

Setakat semalam, jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini adalah 135,992 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan 27,332 kes. – BH Online

Kategori