Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembunuhan Atas Perbezaan Agama...

KUALA KLAWANG - Pembunuhan kerana perbezaan agama adalah perbuatan orang-orang yang tidak bertamadun,...

Mati Kemalangan Kerana Berpandukan...

CHICAGO, Amerika Syarikat – Seorang wanita terbunuh dalam satu kemalangan di sini apabila...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa...

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan...

Ustaz Kazim Serah Al...

IPOH - Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di...

Pesakit COVID-19 Perlu Sentiasa Positif – Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR – Pesakit COVID-19 diingatkan agar sentiasa berfikiran positif, tidak berasa tersisih dan tertekan sepanjang menerima rawatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau yang juga pernah menjalani rawatan wabak tersebut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas disahkan positif 4 Oktober tahun lepas turut menasihatkan pesakit agar sentiasa bersangka baik dan memenuhi masa lapang sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membaca.

“Ujian yang paling besar kita apabila kita ditimpa musibah seperti ini, perkara pertama sebagai seorang Islam kita sentiasa menginsafi dan meninggikan kesabaran kepada Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Jangan Risau… Klik Sini

Menerusi hantaran itu, Zulkifli berkongsi video bertemu dan memberi kata-kata motivasi kepada pesakit dan petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dengan dipisahkan dinding kaca.

Dalam kunjungan itu, beliau menyerahkan buku bertajuk ‘Hari-Hari Tarbiah Dalam  Hidupku’ yang mengandungi panduan dan perkongsian pengalaman ditulisnya semasa menjadi pesakit COVID-19 selain sumbangan makanan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia kepada pesakit.


Zulkifli juga mezahirkan perasaan sebak dan sayu ketika melihat raut wajah pesakit dan petugas yang jelas keletihan ‘berperang’ dengan pandemik tersebut.

“Saya faham perasaan mereka kerana pernah berada dalam situasi mereka. Banyakkan berdoa moga Allah SWT terus memelihara Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori