Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Maut, Lima Parah...

SANDAKAN - Dua maut manakala lima lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki...

Tam Spider Akui Kekok...

DOA vokalis kumpulan Spider iaitu Tam untuk memiliki anak perempuan akhirnya dikabulkan oleh...

Ibu Tunggal Nyaris Maut...

KUALA LUMPUR: Niat untuk menutup pintu beranda rumahnya di tingkat 10 ketika hujan...

Fitri Haris Belum Sedia...

HAMPIR lapan tahun memegang status duda penyanyi, Fitri Haris mengakui belum bersedia untuk...

Pihak Berkuasa Perlu Proaktif Bantu Mangsa Banjir – Agong

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menitahkan pihak berkuasa supaya lebih proaktif menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap di pedalaman.

Seri Paduka bertitah, baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca beberapa status meminta pertolongan yang dimuat naik di media sosial seperti Twitter oleh mereka yang terdesak memerlukan bantuan.

“Ada pihak yang mengatakan mereka terperangkap di satu tempat dan tidak ada bantuan. Saya harap kita dapat segera bantu mereka dan pastikan mereka ini selamat. 

“Pihak berkaitan perlu lebih aktif dan yang mana mempunyai helikopter boleh memainkan peranan lebih aktif meninjau kawasan supaya dapat mempercepatkan bantuan pada waktu kecemasan,” titah Seri Paduka. 

Terdahulu Al-Sultan Abdullah berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke pusat pemindahan sementara (PPS) Wisma Belia di sini, untuk menyantuni mangsa banjir dengan diiringi oleh anakanda, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Seri Paduka yang mengenakan pakaian seragam tentera juga menzahirkan simpati dan dukacita kepada mangsa banjir di Pahang dan Malaysia amnya dan berharap rakyat menerima bantuan sewajarnya untuk meringankan beban mereka berdepan situasi sukar ini. 

“Kita semua sedang menghadapi ujian besar dan saya berharap semua yang terlibat dapat bersabar. Bagaimanapun, dalam keadaan ini, saya berharap semua pihak dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 supaya tidak ada petugas atau mangsa (banjir) dijangkiti,” katanya. 

Pada program itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan barangan bantuan seperti sabun antibakteria dan makanan ringan kepada 178 mangsa daripada 43 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut. 


Sementara Al-Sultan Abdullah menyantuni mangsa banjir, Raja Permaisuri Agong pula meneruskan rutin menyinsing lengan baju bagi menyediakan juadah kepada mangsa banjir, di PPS Sri Damai di sini, yang menempatkan 128 orang daripada 49 keluarga. 

Antara juadah yang disediakan dengan bantuan pelajar tahun akhir diploma penyediaan makanan Kolej Universiti Yayasan Pahang ialah ayam masak kicap halia, kobis masak lemak, sardin goreng dan telur asin. 

Pelajar Izzudin Mat Zin, 20, mengakui kagum dengan kecekapan Raja Permaisuri Agong memasak dalam jumlah yang banyak dan dalam kesibukan memasak, berupaya menyelia dapur dengan teratur membolehkan semua hidangan disiapkan dalam tempoh segera. 

“Saya juga mendapat ilmu baharu apabila Raja Permaisuri Agong menegur cara saya memotong bahan mentah. Tak sangka, walaupun sibuk menjaga dua juadah yang sedang dimasak, Seri Paduka masih dapat memerhatikan cara saya membuat kerja,” katanya. 

Rakan sekelasnya, Muhammad Ariff Hashim, 23, pula menyifatkan peluang memasak bersama Seri Paduka sebagai peluang untuk belajar resepi Tunku Azizah yang sememangnya dikenali dalam dunia masakan. – BERNAMA

Kategori